Dzikir Tarekat Syattariah

Penerangan dan Pemahaman Mengenai Dzikir
Allah SWT berfirman (Mafhumnya):
“Dan sesungguhnya Allah telahpun menurunkan kepada kamu (perintahNya) di dalam Kitab (Al-Quran), iaitu: Apabila kamu mendengar ayat-ayat keterangan Allah diingkari dan diejek-ejek (oleh kaum kafir dan munafik), maka janganlah kamu duduk (bergaul) dengan mereka sehingga mereka masuk kepada memperkatakan soal yang lain; kerana sesungguhnya (jika kamu melakukan yang demikian), tentulah kamu sama seperti mereka. Sesungguhnya Allah akan menghimpunkan sekalian orang munafik dan orang kafir di dalam Neraka Jahanam.” (QS: An-Nisa:140)

“Dan tiadalah mereka (kaum Yahudi) menghormati Allah sesuai dengan penghormatan yang sebenarnya ketika mereka berkata: “Allah tidak menurunkan sesuatu pun kepada manusia”. Bertanyalah (kepada kaum Yahudi yang ingkar itu): “Siapakah yang menurunkan Kitab (Taurat) yang dibawa oleh Nabi Musa sebagai cahaya dan petunjuk bagi manusia, yang kamu jadikan dia lembaran-lembaran kertas, sambil kamu perlihatkan (kepada orang ramai sebahagian kecil daripadanya) dan kamu sembunyikan kebanyakannya; sedang kamu pula diajarkan (dengan pengajaran-pengajaran yang terkandung di dalamnya), yang tidak diketahui oleh kamu (sebelum itu) dan tidak juga oleh datuk nenek kamu?” Katakanlah (kepada mereka): “Allah jualah (yang menurunkannya)”, kemudian, biarkanlah mereka leka bermain-main dalam kesesatannya.” (QS: Al-An’aam:91)

“Dia lah yang telah menciptakan langit dan bumi dalam enam masa, kemudian Ia bersemayam di atas Arasy; Ia mengetahui apa yang masuk ke bumi serta apa yang keluar daripadanya; dan apa yang diturunkan dari langit serta apa yang naik padanya. Dan Ia tetap bersama-sama kamu di mana sahaja kamu berada, dan Allah Maha Melihat akan apa yang kamu kerjakan.” (QS: Al-Hadiid:4)

“Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kepada Allah dan carilah yang boleh menyampaikan kepadaNya (dengan mematuhi perintahNya dan meninggalkan laranganNya); dan berjuanglah pada jalan Allah (untuk menegakkan Islam) supaya kamu beroleh kejayaan.” (QS: Al Maaidah:35)

“(yaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah”. Ketahuilah dengan “zikrullah” itu, tenang tenteramlah hati manusia.” (QS: Ar-R’ad:28)

“Orang-orang yang mereka seru itu, masing-masing mencari jalan mendampingkan diri kepada Tuhannya (dengan berbuat ibadat), sekali pun orang yang lebih dekat kepada Tuhannya, serta mereka pula mengharapkan rahmatNya dan gerun takut akan azabNya; sesungguhnya azab Tuhanmu itu, adalah (perkara yang semestinya) ditakuti.” (QS: Al-Isra:57)

“Kemudian setelah selesai sembahyang, maka bertebaranlah kamu di muka bumi (untuk menjalankan urusan masing-masing) dan carilah apa yang kamu hajati dari limpah kurnia Allah, serta ingatlah akan Allah banyak-banyak (dalam segala keadaan), supaya kamu berjaya (di dunia dan di akhirat).” (QS: Al-Jumu’ah : 10)


Almarhum Syeikh Haji Wan Ismail Bin Wan Abdul Qadir Al-Fathani, Pak Da’il, berguru kepada arwah Syeikh Haji Muhammad Isa Ahmad Ansorullah dalam salsilah tariqat Syatariah ini….al-Fatihah.

Salasilah Tariqat Syatariah Pimpinan Tn. Hj. Muhammad Isa Ahmad Ansorullah
  1. Haji Muhammad Isa bin Ahmad Ansorullah (Pak Teh), menerimanya di Makkatul Mukarramah pada Tahun Hijrah 1382 daripada
  2. As-Syeikh Wan Ismail bin Wan Abdul Qadir (terkenal dengan nama Pak Da Ail al Fatoni)
  3. Syeikh Wan Abdul Qadir bin Abdul Rahman
  4. Syeikh Daud bin Abdullah Al Fatoni
  5. Syeikh Muhammad As’ad Qaddasallahu Sirrahu
  6. Syeikh Muhammad Said Tahir
  7. Syeikh Ibrahim Al Madani
  8. Syeikh Muhammad Tohir
  9. Syeikh Mulla Ibrahim Al Kurani
  10. Syeikh Sayyidi Ahmad Al Qasyasyi
  11. Syeikh Abi Al Mawahib Abdullah bin Ahmad At Tanawi
  12. Syeikh Sultan Al ‘Arifin Sayyidi Sibghatillahi
  13. Syeikh Wajhiddin Al ‘Ulwi
  14. Syeikh Muhammad Ghauth
  15. Syeikh Qutubul Aqtab Haji Hasur
  16. Syeikh Hidayatillahi Sarmasat
  17. Syeikh Qaadin As Syatori
  18. Syeikh Abdullah As Syatori
  19. Syeikh Hidaqla
  20. Syeikh Abul Hasan Al Kharqani
  21. Syeikh Abi Al Muzfar Tarki At Tusi
  22. Syeikh Yazilu Al’Asyqi
  23. Syeikh Muhammad Al Maghribi
  24. Syeikh Abi Yazid Al Bustami
  25. Syeikh Al Imam Muhammad Al Baqir
  26. Al Imam Zainal Abidin
  27. Sayyidina Al Hussain bin Ali bin Abu Talib
  28. Sayyidina Ali bin Abu Talib
  29. Sayyidina Al Kaunaini Muhammad SAW



Posting Komentar

0 Komentar